Jun 13, 2010
Apr 1, 2010
Mar 28, 2010
Feb 16, 2010
Feb 15, 2010
Menantu Baru
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
Feb 11, 2010
Robot Pengesan Pembohongan.
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
"Nak.. ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!"
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?"
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".
Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu, ayah tak pernah pun buat macam nie."
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya... dan semua terdiam...
Feb 10, 2010
Jan 23, 2010
Jan 16, 2010
Dec 18, 2009
Dec 5, 2009
Dec 2, 2009
Dec 1, 2009
Satan Luv U?
Nov 19, 2009
Fail - 13
Nov 8, 2009
Nov 6, 2009
Nov 2, 2009
Oct 29, 2009
Oct 27, 2009
Oct 16, 2009
Oct 11, 2009
Test Drive...
Oct 10, 2009
Oct 6, 2009
McDonald's Under Attack
Aktiviti jenayah semakin menjadi-jadi apabila orang ramai semakin tertekan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Peluang kerja yang semakin tipis ditambah pula dengan persaingan antara graduan-graduan yang baru menamatkan pengajian. Jesteru itu, kehidupan harus diteruskan walau seberapa payah untuk seseorang itu untuk meneruskan hidup walau hanya untuk mendapatkan sesuap nasi. Wakil Wrongbloger sempat menemu ramah seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba merompak McDonald. "Saya memohon maaf kepada kawan-kawan saya.. Plan kita tidak berjaya.. Dia tiada bawa wang.. Poket seluar pun tiada.." (Siri rompakan terancang rupanya). Lelaki itu telah ditahan polis dengan bantuan orang ramai yang kebetulan singgah ke restoran itu. "Dia (suspek) terlalu ganas.. Macam dalam cerita Combat.. takut makcik.." Tambah warga emas yang menjadi saksi kejadian rompakan itu semasa ditemu ramah wakil Wrongbloger. Sekian...........

Sep 12, 2009
Sep 9, 2009
Sep 6, 2009
Fakta : Kenapa aku letih?
Aku keletihan kerana terlebih kerja.... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading wrongbloger.blogspot.com, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung.... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak