Jul 30, 2009

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

T-shirt PUMA original

Angkat satu la kawan.. last punya ma.. Mau clear stok.. angkat skali ngan kucing gua puma.. Bulu cantik gua kasi mkn fiskis ma..

Saiz bukan ukuran..

Walaupun hanya sekadar gambar.. Segan jugak nk buang kat situ.. Hehe..

Jul 29, 2009

Bapak-bapak jangan tiru..

Mau tak terbeliak mata budak 2.. Haru.. Biru..

Jul 27, 2009

Alang-alang menyelup pekasam.. Biar sampai ke pangkal siku..

Amboi.. Makan tak peduli orang dah.. Orang lain pakat tengok je la ye.. Nak jamah pon tak sampai hati.. Macam tak cukup je rasa.. hehe..

No services

Kalau bos nampak ni.. Mau kena sekeh kepala ni..

Jul 26, 2009

Child wrestler

Cayok.. Cayok.. Ngee..

Lawak Slot:4

Polis 1: Tu la orang cakap motor besar ni makan minyak kuat..

Polis 2: Alaa.. Jangan la Marah bang.. Dah minyak nak abis nak buat cam ner.. Pakai moto ni baru ade gaya bang..

Jul 22, 2009

Misteri Bola Ping Pong

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran. Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM. Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?" Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak." Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong. Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong. Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya. Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga. Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong. "Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor" Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal. Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU. Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut. Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya. "Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan. "Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya "Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer "Apa dia" tanya bapa Amer Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir... Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya. Apakah misteriya? Anda nak tau???? ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Hambik ko!!

Sapa tembak sapa nih..

Sketsa sebuah kehidupan..

Girl : Ooo.. Awak curang ye.. Saya nampak awak dating dengan perempuan lain semalam..
Boy : Bukan la.. Dia tu cuma jiran sebelah rumah saya..
Girl : Dasar jantan.. Tak penah cukup sorang.. Awak ingat awak boleh tipu saya..
Boy : Betul.. Dia datang bawak karipap mak dia masak.. Tak lebih dari tu..
Girl : Tipuuu... Awak penipuuuuuuu...
Girl : Hantar saya rumah mak bapak saya.. Sekarang jugak..
Boy : ..............................
Boy : Balik la sendiri.. Rumah awak bukan jauh pon..
Boy : depan longkang depan tu jer....
Girl : Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......


Boy : !#^&$(*&$^@ (terus berlalu pergi)

Jul 20, 2009

Tips

Cara yang paling berkesan untuk playboy yang tak ingat nama pasangan. Kalau kantoi jangan salahkan wrongbloger tau.. hehe..

Tuala..

Ape yang korang pikir? hehe..

Jul 19, 2009

Soalan matematik?


Kalau korang jadi cikgu. Ape korang akan lakukan bila anak murid jawab soalan cam ni..
1. Marah budak ni.
2. Marah budak ni dengan bapak dia skali.
3. Marah diri sendiri.
4. Gelak sampai pengsan.

Jul 14, 2009

Best friend

Ada x kawan anda yang sanggup berkorban untuk anda.. Kalau ade pon 1 dalam 10000..

Bangsat!!

Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. faizul, seorang doktor pakar jiwa

Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu.."

Doktor : "Hmm. panggilan itu memang hinaan yang agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memanggilnya demikian.. Ceritakanlah kepada saya agar saya dapat membantu.."

Gadis : "Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai. Dia pegang tangan saya."

Doktor : "Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh.

Gadis : "Ya. seperti yg doktor lakukan"

Doktor : "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanyadia tidak mau berpisah dgn kamu..."

Gadis : "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya..."

Doktor : "Dia lakukan seperti inikah?"

Gadis : "Ya. seperti inilah dia peluk saya doktor.."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dengankamu" kata dr Faizul.

Gadis : "Kemudian dia cium saya."

Doktor : "Dia cium kamu seperti ini? mmpphh..chhuupp. ..!!!"

Gadis : "Ya. Ciumannya sama seperti yang doktor lakukan."

Doktor : "Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?"

Gadis : "Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor.."

Doktor : "Dia lakukan seperti ini kah?"

Gadis : "Ya, seperti yang doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu.."

Gadis : "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."

Doktor : "Adakah kamu membantah tindakannya? "

Gadis : "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.."

Doktor : "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor..."

Doktor : "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya"

Gadis : "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seks dengan saya..."

(selepas seketika.... )

Doktor : "Dia lakukan seperti yang kita lakukan tadi kah?"

Gadis : "Ya. Memang itulah yang dia lakukan ketika itu"

Doktor : "hmm... itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu !"

Gadis : "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif"

Doktor : "HAH?? DIA.. MEMANG.. BANGSAT!!..BANGSAAATTT!!!!.."

Doktor : "LELAKI BAAANGSAAAAAAAATTTT T!!!!!!!! ......"

Lawak Slot:3

SENJA YANG MENGINSAFKAN-(Cerita sedih lagi)


"Elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah,ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang, Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.

Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni? "tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... Jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa.. kan, tengok. Tak ada apa-apakan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... Di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! "Julia.... bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?Macammana dengan suami saya, mak? Liza...Linda...mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat."Maca mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macamtu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerjapun takde, ada hati nak berlaki..! Apapunya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nakhabis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.......

Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Lawak Slot:2

WASIAT NENEK SARAH-(Sedih molek)


Ada sorang tua, nama dia Nenek Sarah. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung….

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Sarah dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Meon untuk bacakan doa untuk Nenek Sarah. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Sarah dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Sarah memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Sarah menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Meon.

Pak Meon menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Sarah sebelum Nenek Sarah meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Sarah pun meninggal dunia.

Selepas seminggu kematian Nenek Sarah, Pak Meon pun datang ke rumah Sarah, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Sarah, tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut..

Pak Meon pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Sarah dan di akhir ucapan itu Pak Meon mengajak Sarah dan saudara maranya membaca wasiat itu bersama-sama. .Pak Meon pun membuka kertas itu dan mula membaca......

“Meon …. kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu...”

Smile.. Smile

Amboi-amboi.. Kalau dah bergambar.. Siap posing lagi..

4th place........

..... Loser.. Loser.. Loser..

Jul 13, 2009

Jom bergambar!!

Kadang-kala kita x perasan pon yang kita ni kelakar.. lebih-lebih lagi kalau terpaksa membuat kerja yang memerlukan tumpuan yang lebih..

Korang kalau nak snap2.. kena tengok keliling tau.. mungkin anda juga sedang disnap..




* Yang last tak tahan tuh.. hehe..

Party time!!




Ade berani..


Jemput la masuk dalam kolam tu.. Ada je projek bunuh diri yang diaorang buat setiap hujung minggu

Jul 10, 2009

Super Hero



Super.. Super.. Super Hero..

Mengamuk la bapak budak ni kejap lagi.. Mana tak nyer.. Dia nak pakai ape kalu anak dia dah amik.. Nak x nak bapak la yang kena mengalah.. Tak gitu bapak-bapak..

Lawak Slot:1



Macam-macamlah dorang ni.. Anda boleh lihat 3 expression yang berbeza..

1. Ketakutan yang melampau
2. Penyayang
3. Gembira (tak peduli dah orang depan)

Memang kelakar.. Sampai x tau nak cakap pe dah..
Korang layan..

Jul 9, 2009

Sukan tak X-tereme yang X-treme



Sukan ni memerlukan ketahanan fizikal, mental dan rahang yang kuat..

Mau koma 3 ari mamat ni.. Degar cerita selepas kejadian mamat ni telah mengambil keputusan untuk bersara dalam acara sukan xtreme ni.. Ternak ikan laga dengar ceritanya..

Jul 8, 2009

borred!!


Apa yang dipikirkan agaknya. Sapa yang tau atau pernah ada masalah masa kecik2. Boleh bagi tau hu hu.. Kecik2 pon dh cm ni. Kalu dah tua nanti tak tau lah cam ne.